Ahad, 16 Oktober 2011

KENALKAN ALLAH KEPADA HATINYA.....











kata pepatah:
meluntur buluh biarlah dari rebungnya
kerana bila sudah menjadi buluh...
diurut payah dilurut patah
mendidik biar sewaktu kecil...
bagai megukir diatas batu
mendidik ketika dewasa....
bagai melukis di atas pasir...


tapi bagaimana kiranya
jika di peringkat rebung lagi
rebung sudah sekah
sudah reput dan sudah rekah
rosak sudah dipangkal 
punah sampai ke hujung
keruh sudah di hulu 
kelodak sampai ke hilir
di awal alpa bismillah
di akhir tanpa alhamdulillah..

jenayah di peringkat sekolah
masalah lama terus terserlah
barah yang sudah lama membengkak
kini meletus mengeluarkan nanah
kata sesetegah pihak-ini masalah 'kecik'
tak sampai ke tahap kronik
peratusnya tak sampai satu
tak perlu diheboh-hebohkan dulu
kata sesetegah pula-ini masalah negara
tunas generasi sudah tercalar
kanak-kanak lagi sudah tercemar
apakan jadi bila remaja??
apatah lagi nanti dewasa??

mari kita tafakur sebentar
menganalisis produk dari kilangnya
melihat kuih dari acuannya
menghitung nasi berserta kuahnya
menilai rintik si anak dari borek bapanya
mari kita susur ke akar
mencari jati diri pada hakikat
mentafsir asal mula pada yang tersirat.......
awal bermula di pertemuan ibu bapa
perkenalan dan cinta jangan dicemari dosa
pertunangan dan pernikahan
disusun penuh syariat
nikah yang berkat bersendikan hukum allah
ketika hendak BERSAMA 
dimulakan dengan doa...
agar anak yang bakal dikurniakan 
selamat daripada gangguan syaitan...


di rahim ibu benih anak disimpan
dibajai dan disuburkan dalam belaian al-quran
surah luqman,yusuf dan maryam...
agar degup jantung,aliran darah
dan denyut penafasan 
dalam selubung kebaikan,
dalam lindung keredaan








lahirnya dilaungkan seruan azan
iqamat,tahnik,akikah lalu dinamakan
muhammad...semperna insan teladan
adam,isa,ilyas,yusuf.........
berkat nabi dan rasul pilihan
di kalangan para pejuang
dan penegak kebenaran
di kalangan para sahabat dan siddiqin
para syuhada dan solehin....

di didik putera putri mengenal allah
diteraskan al-quran,berasaskan al-sunnah 
di ajar beradap dan beribadah
menerusi sejarah hidup rasulullah
biar program awalnya bersih putih
akar tunjangnya teguh kukuh
jiwa,akal,emosinya gagah
bersendikan-awwaluddin makrifatullah
(awal agama mengenal allah)

ajarkan dia menghitung dosa 
di samping belajar menghitung angka
asuhlah di membaca 
dengan 'iqra' daripada yang esa 
ketika sudah pandai menulis 
dia seharusnya telah sedar
akan tipuan iblis

ajar dia mengenal yang dicipta
berasaskan iman kepada pencipta
ketika berinteraksi sesama insan 
jangan lupa komunikasi kepada tuhan
ketika meneguk nikmat
jangan asyik mengkaji tumbuhan dan haiwan
hingga lupa mengenal tuhan..
KENALKAN ALLAH KEPADA HATINYA....
nescaya kenallah dia kepada ibu bapa
masyarakat dan negara...
tetapi kalau lupa pada DIA.....
dia akan lupa segala juga pada dirinya!!


berhenti sejenak di satu destinasi
istirehat sejenak mengatur koreksi
kita tidak boleh lagi teru-terusan begini
menghasilkan penghuni pusat serenti
menghasilkan manusia BOHJAN BOHSIA
masalah dadah dan juvana....










ini bukan lagi soal pendekatan 
tapi soal prinsip dan keyakinan
jangan persoalkan kecil besar,
banyak atau sedikit,
ini bukan soal diskusi,forum dan seminar
tetapi soal manusia menyemai gelombang
dia akan menuai badai
bila rebung-rebung menjadi rentung
kita perlu kembali ke benih
betulkan mukadimah....
indahlah natijah....

Sabtu, 14 Mei 2011

JAWABLAH SENDIRI......




mengapa apabila diminta megajak kebaikan
kita malu dan segan????
takut di kata macam bagus...
tetapi apa bila diasak dengan keburukan
kita menambah tanpa di pinta...
supaya nampak sangat setia kawan...

kenapa ketika diseru kepada kebaikan
cepat-cepat kita terfikir ini betul atau tidak????
tetapi waktu kita disogok dengan keburukan
tanpa berfikir panjang kita menyahut...

adakah apabila kita diajak ke tempat yang baik
banyak sungguh urusan kita yang belum selesai????
namun apabila diajak ke tempat buruk
cepat-cepat urusan lain ditangguhkan....






apakah juga satu ketika kita ditimpa ujian
cepat-cepat kita melatah????
tapi apabila kita memperoleh kurnia
lambat sekali kita mengucap syukur....

begitulah soalan mudah untuk dijawab
tidak perlu jawab diatas kertas
tidak perlu diumum pada khalayak...
cukup sekadar
JAWABLAH SENDIRI....

Ahad, 8 Mei 2011

CAHAYA YANG HILANG......




jauh.....jauh.....
semakin jauh cahaya itu...
jauh berlari meninggalkan aku...
pergi dan terus pergi tanpa sedikitpun
menoleh...
tanpa belas,tanpa secubit rasa kasih
membiarkan aku meronta
dalam kegelapan...

setelah ia pergi...
aku terkapai tanpa hala tuju..
aku hilang jejak menemui-NYA
aku sesat dalam rimba ciptaan-NYA
aku merasa dunia meminggirkan...
sehingga membiarkan..
aku lemas dalam lautan dosa...






kerna....
aku jahil menilai makna kehadirannya..
aku gagal mengamitnya dari pergi..
membiarkan kau merajuk tanpa pujuk..
kerna aku...
pernah merobek hatimu tanpa belas
pernah mencanai hatimu tanpa simpati...
memahat luka yang dalamnya
tiada penghujung....
sehingga aku tersungkur kaku
lemah tanpa daya...

kini....apalah aku adanya???
hidup tanpa impian dan pengharapan
hidup tanpa destinasi dan hala tuju
hidup sarat dihuni ombak duka..
duka yang aku tahu...
hanya kau penawarnya..

ya allah...
aku sujud pada-Mu
aku merayu pada-Mu
temukan semula aku dengannya...
kembalikan dia dalam dakapanku...
kerna,duniaku kelam...
tanpa "cahaya" itu....

Rabu, 13 April 2011

SEPI SEORANG TERUNA....





apa itu cinta???
mgapa prlu bercinta???
ada apa dgn cinta???

fikiran bercelaru...
mahu atau tidak??
apa?? em bercinta lagi???
rindu belaian seorg insan bernama kekasih.....

kisah lma???lupakan ja....
tp dgn siapa???
da xpndai nk ayat perempuan???
atau hati ni masih tawar dgn...

perempuan...
xkan dgn lelaki kot,gila mcm tu..
sunyi dah lm x tmpuhi.. saat dan ketika,
bersma seorg kekasih...

kdg2 org ckp cinta ni mykitkn..
ada juga yg ckp cinta ni best...
da org ckp alah xbercinta pon
xpa...bab sgle g sng xpyah serabut..
btl ke boleh lari dari persaan ingin di cintai...
dan mencintai????

sukar juga ase nya...
nk bt mcmner????khwin trus???
muda g...
jgn ikut nafsu yg membuak2..
kwin bkn senang....
byk tggung jwap..






xnak pkir soal cinta...
xblh2 asyik2 nk di mnja nk d kasih...
kwn2???ada......
kwn2??? lelaki nk cte hal sndri pd kwn???
ssh kot...
ada awek luah sng2 je,knp mcm 2..
lelaki mmg ssh nk brkongsi mslah dgn lelaki..

mcmna ni aduh merumit kn la...
org ckp cinta xkn dpt klu xdi cari..
dan xkn dpt klu xda yg mmberi..
da cari kot tpi xda yg sudi??
knpa???
soal duit???
pras rupa??

jd ukuran dlm bercinta??
soal duit mmg blh d trm gak..
bb dunia la ni mana da bnda free..
duit bkn sgala2nya....
tapi sgala2nya memrlukn duit..
tp da duit byk pon mslah juga...

pras rupa em klu hensem xiklas nk brkgsi kasih..
dok wat scandal sana sini... xguna juga...
eh laki mmg bley 4...alasan...
mmpu ka 4...xmgkin kn???
bab mnusia ni xsllu nya brlaku adil..
sng kata mnusia mmg xda yg smprna...
em....

hidup2...kdg2 mrumit kn la...
ssh nk merungkai nya...
ish3 pa dok merapu ni...
sunyi.....sepi............
otak pon da xbtl....
sabaq jala..teguh kn iman...

ada jodoh xkemana...
mgkin blm smpai masanya kot...
menanti trus menanti doa agar
d pertemukn dgn insan yang
benar2 memahami....
yang baik,jjur dan ikhlas dlm stiap prkara..
amin.....

Selasa, 5 April 2011

BIARKAN CINTA BERKATA TIDAK!!

kerap diungkapkan cinta itu buta...
apakah cinta itu buta??
apa cinta orang beriman juga buta??
tidak!! cinta yang suci tidak buta...
orang beriman tetap celik walaupun
sedang dilamun cinta...
mereka masih tahu dan mampu menilai
yang mana baik yang mana buruk...
yang halal dan yang mana haram waktu bercinta..

Jumaat, 11 Mac 2011

KEYAKINAN DIRI PERLU ADA....




ckp pasal keyakinan???
apa itu???
keyakinan diri itu sangat sinonim dengan
harga diri..keyakinan adalah prasaan stabil dan serasi
dengan diri sendiri...yang menyebabkan kita rasa layak...
mampu dan yakin untuk mencapai kejayaan..
jangan la pula sesekali kita hilang rasa keyakinan diri...
putus asa??? sama la dengan hilangnya keyakinan diri...

apa yang kita akan fikirkan tentang cerita di bawah??

SI ANAK GAJAH...
Seekor anak gajah dirantai sejak kecil
pada sebatang tiang.pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta
untuk melepaskan diri.anak gajah itu tidak terdaya kerana kaki nya
masih kecil,manakala rantai dan tiang yang menambatnya sangat kuat.
hari demi hari dia cuba,tetapi ank gajah itu tidak
berdaya untuk melepaskan diri.lama-kelamaan
anak gajah itu tidak mahu mencuba kerana takut dengan
risiko kegagalan.....
setelah bertahun dalam keadaan begitu.anak gajah tu pun semakin
membesar,sebagai gajah dewasa.badan ,kaki dan anggota lain turut
membesar,lebih dari tiang dan rantai yang menambatnya sejak dari kecil.
secara logiknya sekali dia rentap ja mesti rantai itu boleh putus dan tiang
pun tercabut...SAYANGNYA gajah itu tidak terfikir nak buat macam tu..
KENAPA??
kerana ia sudah hilang keyakinan diri.pengalaman gagal semasa kecil
menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi.
padanya,ia tetap tidak mampu melakukannya..

apa yang terjadi pada gajah itu sering terjadi kepada
kita manusia..mudah merasakan tewas dan mudah putus asa.. 

jujurlah terhadap diri sendiri..
koreksi satu-persatu kesalahan kita.
jangan nafikan realiti.
setelah sedar kelemahan kita,
maka akui lah hakikat itu.
INGAT!!
kita perlu memaafkan diri kita
kerana kita juga perlu mengasihi
diri kita sendiri...

Jumaat, 18 Februari 2011

WANITA HIASAN KEHIDUPAN....



wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki.
lelaki tanpa wanita adalah cacat tabiatnya..
allah s.w.t. jadikan wanita pasangan lelaki..
mereka tempat lelaki bermanja dan
mendambakan perasaan kelakian..

kehidupan ini tiada ertinya andai hanya ada harta,
tetapi tiada wanita.ada rupa,
tiada wanita juga tiada maknanya.
tetapi tidak seharusnya kita hanya memilih rupa..
kerana kita manusia adalah sebaik2 kejadian..
wanita yang solehah lah yang di dambakan
seorang lelaki untuk kebahagian kehidupan
di dunia dan akhirat..

lelaki juga memainkan peranan
amat penting untuk membimbing wanita..
kerana lelaki lah yg seharusnya mmbimbing kaum hawa
supaya..kebaikan wanita itu tidak hilang dek kerana
lelaki yang salah didikannya...
lelaki yang mencorakan wanita...
tetapi kaum adam juga harus ingat
wanita ada kelebihan tersendiri..

cerita tentang kelebihan ni aku pun tersentak
juga  sebenarnya...betul ke??
wanita ada 9 kelebihan ini??
9 kelebihan ok bukan 9 nafsu je...

"9 kelebihan wanita berbanding lelaki"

1) wanita sering terselamat daripada kemalangan.
agak menyedihkan tetapi ini lah kebenaran..
lelaki lebih mudah menemui ajal iaitu sebanyak
77 peratus berbanding wanita.itu adalah
kajian yang di lakukan oleh
carnegie mellon university

2)wanita merupakan pemenang.
kajian ke atas 2000 orang menunjukkan
bahawa,mejoriti lebih suka menceritakan
masalah kepada perempuan tentang apa
yang mereka hadapi.





3)wanita lebih kekal dalam kerjaya

4)kecermelangan akademik.ramai yang sedia
maklum,lebih ramai wanita melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi.

5)lebih sihat.bancian oleh university
of minnesota ke atas 14'000 orang mendapati,
wanita lebih gemar memakan sesuatu yang
menyihatkan berbanding lelaki.

6)sistem imunisasi yang lebih kuat.tidak hairan lah
lelaki lebih bersifat keanak-anakkan apabila
mendapat demam.semuanya kerana estrogen.ia
merupakan senjata untuk melawan infeksi
bakteria dan virus.

7)hidup lebih lama.oleh kerana wanita
menjaga pemakanan dan sentiasa berhati2 dalam
apa jua yang dilakukan,maka jangka hayat wanita
juga lebih panjang.

8)lebih layak menjadi pengurus.bunyinya agak
kontroversi.tetapi pakar-pakar mengesahkan,
wanita merupakan pendengar yang setia,mentor dan
penyelesai masalah.malah mereka juga boleh menyelesaikan
pelbagai tugas pada satu masa.

9)bijak berbelanja dan melabur.tidak dinafikan,
sebanyak 100'000 portfolio menunjukan wanita
memperoleh keuntungan antara 11 hingga 18 peratus
lebih,berbanding lelaki apabila melabur.ini kerana
wanita lebih berhati2 dan sentiasa memikirkan baik buruk
dalam jangka masa yang panjang.

apa-apa pun di atas hanyalah kajian yang dibuat oleh
manusia.ada yang betulnya juga,hakikatnya
wanita seorang insan yang lemah..tetapi perkataan
lemah itu bukan lah mengambarkan wanita lemah,
ia merujuk kepada wanita perlunya pembimbing
justeru lelaki jangan lah megambil kesempatan keatas
kelebihan dan kekurangan wanita..

nyanyi pula lah sebagai penutup...
wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita soleha
yang akan membahagiakan syurga didalam rumahtangga...
(lupa lirik la pula,cukup lah sampai disini)
sekian...wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...