Isnin, 7 Februari 2011

WAHAI PUTERIKU......

PUTERIKU....
dengarlah bicara hatiku...
Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa,tetapi bila engkau tidak setuju.lelaki itu tidak akan berani,dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu,lelaki tidak akan bertambah parah..wanita lah  yang membuka pintu,seolah kau katakan kepada si pencuri : silakan masuk,silakan....apabila ia telah mencuri,engkau berteriak:pencuri!tolong..tolong..saya dicuri..Dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu telah ia telanjangi pakaiannya..Begitulah,jangan engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki,mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya.ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat..Ia telah berbohong!!senyuman yang diberikan pemuda kepada mu,kehalusan budi bahasa dan perhatian,semua itu tidak akan lain hanya lah merupakan perangkap rayuan..setelah itu apa yang terjadi??Kalian berdua sesaat berada dalam kenikmatan,kemudian engkau ditinggalkan,dan engkau selamanya tetap akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu.pemuda tersebut akan mencari  mangsa lain untuk diterkam kehormatannya,dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan..jiwamu menangis,keningmu tercoreng,selam itu hidup tetap berkubang dalam kehinaan dan keaiban,masyarakat tidak akn mengampunimu..
PUTERIKU....
jangan lupa bahawa allah menjadikannya sebagai wanita dan kawannya sebagai lelaki,satu dengan lain dapat saling terangsang.baik wanita,lelaki,atau penduduk seluruh dunia tidak mmpu mengubah ciptaan allah,menyamakan dua jenis atau menghapuskan rangsangan seks dari dlm jiwa mereka.mereka yg megembar-gemburkan kebebasan dan pergaulan bebas atas dasar kemajuan adalah pembohong,dilihat pda dua sebab:
pertama:kerana mereka lakukannya untuk kepuasan diri mereka,memberi kenikmatan melihat anggota badan yang terbuka dan kenikmatan-kenikmatan lain yang mereka bayangkan.akan tetapi mereka tidak berani berterus-terang,oleh kerana itu mereka berselindung di sebalik kalimat kemajuan dan kemodenan duniawi ini...
kedua:kerana mereka bermakmum pada barat.bagaikan kiblat..seolah-olah kebenaran yang datang dari sana..pergaulan bebas,mendedahkan aurat di khalayak ramai..
PUTERIKU....
puteriku yang beriman dan beragama!puteriku yang terhomat dan terpelihara,ketahuilah bahawa yang menjdi korban semua ini bukan orang lain terkecuali engkau...oleh itu janganlah berikan diri kalian menjadi korban iblis,jangan dengar ucapan mereka yang merayu dgn lemparan kata-kata manis.sesungguhnya tidak ada yang mereka inginkn selain mmperkosa kehormatan wanita.kemulian yang tercela tidak akan kembali,begitu juga martabat yang hilang tidak akan dapat temui kembali..bila puteri jatuh tidak ada sesiapa pn yang mahu menyingsingkan lengan untuk membangunkannya dari lembah kehinaan,yg engkau dapati mereka hanya merebut kecantikan si gadis,apabila telah berubah dan hilang,mereka pun berlalu pergi,persisnya seperti anjing meninggalkan bangkai yang tidak tersisa daging sedikit pun.ini lah nasihatku padamu,puteriku.inilah kebenaran.SEDARLAH BAHAWA DI TANGANMU LAH,BUKAN DITANGAN KAMI KAUM LELAKI,KUNCI PINTU PERBAIKAN..."KEHORMATAN TERLETAK DITANGANMU,KERUNTUHAN AKHLAK JUGA DITANGANMU"  

4 ulasan:

  1. btol 2...sy setuju.. wanita itu lemah dan akn diperdayakan dengan pujuk rayu lelaki.. seandainya wanita itu sendiri yang memilih jalan itu, maka dia sendiri yang telah mencorakkan kehidupannya ke jaln yang salah..

    BalasPadam
  2. yang jd brhti2 dgn kta2 sg lelaki ok... sy pon xsmpurna la awak sye pon bljr dr kesilapan...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...