Ahad, 13 Februari 2011

BUAT MATA YANG SEDANG MENANGIS.....

duhai mata yang sedang menangis...

mungkin tika ini kau sedang bahagia,mungkin juga kau sedang berduka,
apapun situasimu,air yang menggenangi kelopak matamu dan mengalir ke pipi
ia anugerah allah s.w.t yang tak terhingga.ia mampu membuang racun
ditubuhmu kemudian disusuli dengan ketenangan jiwa,bersyukur kepada-nya
kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis...

aduh!
sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu
kelemahan.malah menggangapnya satu lambang ketidakmatangan,
sedangkan allah s.w.t. merakamkan mulia sebuah tangisan dalam firman-nya,
"dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis
dan mereka bertambah kusyuk." (surah al-isra' 17:109)

"apabila di bacakan ayat-ayat allah yang maha pemurah kepada mereka,
maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis." (surah maryam 19:58)

duhai mata yang menangis....

tahukah dikau,jika kajian dari segi perspektif sains,tangisanmu mampu menjadi
terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya,
tatkala dirimu dalam ketakutan,unsur-unsur berbahaya
dijana oleh tubuh,airmata secara semula jadi boleh membuangnya.
otak pula berkerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada airmata,
bukan itu sahaja,tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai
latihan berguna buat sekatan rongga badan,kedua-dua bahu dan urat-urat dada,
setelah tangisanmu reda,kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan
mula menguasai jiwa..subhanallah, hebat sungguh pencipta airmata....

duhai mata yang sedang menangis...

tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan,sama ada kau lelaki
atau wanita,kau perlu pada tangisan..ia menjernihkan kornea dan
menajamkan penglihatan.ia meringankan ketegangan jiwa.ia mengungkapkan
kesedihan lalu dan merungkai beban yang tersimpan...
jika kau lelaki,kenapa kau pelu malu pada tangisan??
mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan
dalam mengendalikan kemampuan.kau mungkin dipisahkan antara diri dan perasaanmu
sendiri oleh didikan silam.apa pun, tak siapa dapat menafikan juga,insan
yang punyai hati dan perasaan..isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan
untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit.
usah menipu diri sendiri,belagak kuat dengan menafikan
airmata kerana kelak badanmu menjadi darurat..

jika kau wanita,kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki.
tahukah dikau,penyayang-nya allah s.w.t. padamu hingga dia
mencipta kelenjar-kelenjar airmatamu lebih besar daripada
kelenjar-kelenjar airmata lelaki.tidak hairan lah kajian ilmiah menunjukan
kau menangis empat kali lebih banyak dari lelaki...

ia penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki.
manakan tidak,airmatamu keluarnya peratusan racun dari tubuh.
doktor pakar mata berkata,airmata penting untuk menyucikan mata
daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan
dan emosi yang tidak stabil..

duhai mata yang sedang menangis.....

sungguh bertuah kau mampu menangis.usah ditahan tangisan
itu.luahkannya dengan rasa takut dan harap pada tuhanmu.benar,
tangisanmu itu tidak mampu mengembalikan masa lalumu..
jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.
anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk
melonjakan amal dan perubahan untuk hari esok..

sesungguhnya tangisan kerana allah s.w.t. ketika gembira atau derita
ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.dengarilah
pesanan rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam yang maha esa,
"aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut
kepada allah." (riwayat ahmad dan al-nasa'i).

5 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...