Jumaat, 11 Mac 2011

KEYAKINAN DIRI PERLU ADA....




ckp pasal keyakinan???
apa itu???
keyakinan diri itu sangat sinonim dengan
harga diri..keyakinan adalah prasaan stabil dan serasi
dengan diri sendiri...yang menyebabkan kita rasa layak...
mampu dan yakin untuk mencapai kejayaan..
jangan la pula sesekali kita hilang rasa keyakinan diri...
putus asa??? sama la dengan hilangnya keyakinan diri...

apa yang kita akan fikirkan tentang cerita di bawah??

SI ANAK GAJAH...
Seekor anak gajah dirantai sejak kecil
pada sebatang tiang.pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta
untuk melepaskan diri.anak gajah itu tidak terdaya kerana kaki nya
masih kecil,manakala rantai dan tiang yang menambatnya sangat kuat.
hari demi hari dia cuba,tetapi ank gajah itu tidak
berdaya untuk melepaskan diri.lama-kelamaan
anak gajah itu tidak mahu mencuba kerana takut dengan
risiko kegagalan.....
setelah bertahun dalam keadaan begitu.anak gajah tu pun semakin
membesar,sebagai gajah dewasa.badan ,kaki dan anggota lain turut
membesar,lebih dari tiang dan rantai yang menambatnya sejak dari kecil.
secara logiknya sekali dia rentap ja mesti rantai itu boleh putus dan tiang
pun tercabut...SAYANGNYA gajah itu tidak terfikir nak buat macam tu..
KENAPA??
kerana ia sudah hilang keyakinan diri.pengalaman gagal semasa kecil
menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi.
padanya,ia tetap tidak mampu melakukannya..

apa yang terjadi pada gajah itu sering terjadi kepada
kita manusia..mudah merasakan tewas dan mudah putus asa.. 

jujurlah terhadap diri sendiri..
koreksi satu-persatu kesalahan kita.
jangan nafikan realiti.
setelah sedar kelemahan kita,
maka akui lah hakikat itu.
INGAT!!
kita perlu memaafkan diri kita
kerana kita juga perlu mengasihi
diri kita sendiri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...